My visitors

blogger statistics

Saturday 30 April 2011

air panas ker air sejuk?

Sebelum ini air sejuk adalah kebiasaan dalam hidangan saya. Tapi sekarang bila usia sudah menginjak ke usia 20-an, saya merasa selera saya sudah bertukar mengikut selera kedua ibu bapa saya yang lebih gemar minum air panas. Tak kira lah air apa sekalipun ianya dihidangkan dengan air panas. Sungguh mengasyikkan kerana kehangatannya begitu mengenakkan. Sambil berfikir sambil menghirup kopi panas. Seakan ianya sudah menjadi satu ketagihan bagi saya untuk menghirup kopi panas.

Tahukah anda, minum air panas sebenarnya baik untuk jantung. Ianya mampu mencairkan lemak agar lemak tidak membeku yang akhirnya berlaku masalah jantung tersumbat dan sebarang jenis penyakit. Malah minum air juga merangsang kita untuk tidak betah lagi pada air sejuk. Seperti yang berlaku dalam diri saya sendiri, dahulu saya mendahulukan air sejuk dari air panas. Tapi sejak saya membiasakan diri dengan air panas, dengan sendiri selera saya hanya pada air panas sahaja. Lidah saya sudah tidak betah lagi untuk minum air sejuk.

Satu lagi fakta menyatakan minum air panas juga banyak membantu kita untuk kurus. Kerana air panas mampu melancarkan perjalanan proses didalam usus perut kita. Jadi, bagi mereka yang ingin menguruskan badan, amatlah sesuai untuk mengamalkannya. Selamat mencuba...







No comments:

Post a Comment